Followers

Saturday, 17 September 2011

menangislah selagi tangisan itu ada..

pernahkah anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
Apabila dahinya berpeluh.
Air matanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.
Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya




Thursday, 15 September 2011

DIA sedang berbicara dengan kita...



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2011/2012







No Kad Pengenalan / My Kad:91010808****
Kategori:ALIRAN SASTERA : STPM 2010
Angka Giliran/No Matrik:SA8031013
Nama:NUR FATIN AFIQAH BINTI ABDULL MAJID


Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda ke IPTA TIDAK BERJAYA bagi program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
SESI AKADEMIK 2011/2012

Harap Maklum

tanggal 15 SEPTEMBER 2011..hari yg paling menyedihkn bg atyn cz sah2 direjek 4 msok IPTA..mak ihh,,,pedihnya hnya aku yg rasa..tp hairan..naper aku lgsg xley kuarkn air mata..adakah aku dah relakan segala2nya untk berlaku???mungkin la...lgipon aka da xletak sebarang harapn yg tinggi cz rmai yg pointer tggi xdpt kn??bia la...

hm.ALLAH sedang berbicara drn drimu wahai MANUSIA...bersabarlah...dia sedang menguji tahap keimananmu menhadapi ujiannya.....jgn sesekali menyalahkn takdirnya krana dia lbh tahu apa yg terbaek..mungkin buka rezekimu disini...berdoalah agr dikuatkn haty....jgn potos asa..

rezekiNYA amat luas terbentang didunia ini..cuma kita shja blom korek n gali shja...org yg hebat itu bukan pada kekuatkn tangan n tubuhnya..
bukan pd senjata canggihnya...
tapi...
pada kekuatan hati n imannya mengawal kemarahan n kesedihannya melawan nafsu amarah n kesedihan yg dihadapi..
sesungguhnya ALLAH SWT xkn m'bebankn hambaNYA dgn dgn ujian yg xmmpu tganggung oleh hambaNYA itu sendiri..sesungguhnya DIA itu MAHA ADIL lg MENGASIHANI..
yakin DIA..insyaALLAh DIA akn mbantumu...

hati....
ingin ku bicara denganmu...aku tahu kita xsekuat nabi untuk meredhai segala2nya...tp xslh bukan kalo kita mencuba mencontohi BAGINDA yg sentiasa sabar n tersenyum....bibirnya sentiasa menyebut nama KEKASIHnya..sweetkn??kita cuber erk??xslh mcuba benda baik..tabah setabah2nya...jgn terus menangis ....

kawan2..
aku turut berharap kalian bersabar....
xsusah jd sabar..
xrugi jadi insan yang penyabar..
cz sabar tu indah...
sebaik2 perbuatan..
banyak yg kita dpt kalo kita bersabar..
pahala??sudah pasti...
contohi BAGINDA SAW insan yg paliiiiiinngg....penyabar...
berkat kesabarannya ISLAM berkembang kepelusok DUNIA...
berkata kesabaranya juga...dalam diam ABU JAHAL mengakui ketakutanya kepada junjungan kita sorang ni..
buka senang nk robohkan tembok keegoan manusia yg terlalu ego tu..palliiingg...ego..
sabar ya???
di sebalik kesusahan ader kesenangan...
disebalik kesedihan ader kebahagiaan...







AMIN...

Wednesday, 14 September 2011

mungkinkah ini cinta yang sebenarnya cinta??!!!

baru2 ni tgk video USTAZ KAZIM ELIAS...sal  LOVE..so atyn nk kongsi sikit erti cinta yg sebenarnya cinta.

Tentu ramai yg belum tahu apa itu makna CINTA.. Jadi mari kita dengar penjelasan CINTA yg didefinisikan oleh Ustaz Kazim Elias.. Jom dengar..

Berikut kata2 Ustaz Kazim spt dlm video:-


Apa itu Cinta...???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"
"Sebab apa Abang"
"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"
"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"
"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

p/s: CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...
DISITU PERMULAAN CINTA PERTAMA DAN CINTA TERAKHIR.....

Sunday, 11 September 2011

mahar cintaKU buat bakal.suamiku....





Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

Saturday, 10 September 2011

analogi sebatang pokok...


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon...
pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat..
bermula dari benih yang kecil...

ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya...

ia belajar menahan teriknya matahari....


kuatnya angin....


dinginya hujan...


dan gangguan dari tangan-tangan manusia dan haiwan...


setelah semua itu..daripada sebijik benih yang tak terlihat...
menjadi tunas yang bercambah...
dan akhirnya menjadi pohon yang besar...

mari kita manusia menjadi manusia!!!
 yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana...



seperti ikan di lautan masin...
meskipun sekitarnya masin ..
namun..
dagingnya tetap tawaQ..



Thursday, 8 September 2011

ONE LITRE OF TEAR....

on the other shore of sadness..
it is said that there is a smile..
finally we arrived..
but what are we waiting for????
the purpose is not to run away..
it's to chase after dreams..
we should have gone out to travel..on that summer day so long ago..
even tomorrow,if you see it....
though  there isn't a sigh either..
like a ship going against to current flow...
right now..go forward,more ahead..
the place that's shrowded in pain..
is where happiness waits..they say...
i am still searching..
it's like an out of season sunflower...
if you clench your fists too tight..
and wait for the morning light..
your nail become red with blood..
and shining tear begin to flow..
even if you are left in solitude..
with only moonlight to depand on..
fly away using featherless wings..
and keep moving forward..
even if it cuts through the rain and clouds..the wet road shine...
only the dark will teach..
a stronger n stronger light...
BE STRONG..GO FORWARD..MOVE AHEAD...


I'M FRUST WAITING 4 IT!!!

Wednesday, 7 September 2011

Ungu-Untukmu Selamanya [LYRICS]





benar..sya emg xsggp...tak sya terpaksa melupaknya..maafkn sya.....awk ttp kngn indah bgi sya...